Jenayah rentas sempadan Hubungan_Malaysia_-_India

Pada 9 April 2010, K.N. Yogappa, superintenden polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bangalore menyatakan polis India akan ke Malaysia untuk menyiasat kemungkinan sami India di sebuah ashram Pulau Pinang terlibat dalam salah laku seks. Pada Mac 2010, sebuah stesen televisyen di Chennai menyiarkan aksi lucah 'sami' bersama seorang pelakon wanita dari selatan India di dalam bilik tidur. Sebagai seorang sami, tidak mungkin dia mampu membeli 23 ekar tanah atas nama ashram Dhyanapeetam di Bangalore . Polis menemui 30 pita video seks membabitkan sami tersebut.Ia dijual 1,000 rupee India (RM75) seunit.[10]

Penjenayah rentas sempadan Michael Soosai asal Malaysia berjaya ditahan di hotel mewah Coimbatore, Chennai menggunakan teknologi canggih berdasarkan telefon bimbit pada kenderaannya pada 31 Ogos 2010. Dia berpindah dari Nepal,Bhopal dan Goa. Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C. Sylendra Babu menyatakan isteri dan tiga orang anaknya ditahan.Satu kilogram emas, dua buah komputer riba dan beberapa buah telefon bimbit turut dirampas. Polis Malaysia gagal menjejaknya selama 10 tahun ekoran beberapa siri penipuan hampir RM1 juta. Rakyat Malaysia, N. Subramaniam turut dibunuh di Cheyyur, daerah Kancipuram pada 2002. [11]